Sunday, 23 December 2012

Mendung.. tak bererti akan hujan...

Hampir seminggu tak menulis... sejak balik bercuti dr HK... rasa mcm makin lemau lak.. seperti tak tahu dari mana utk dimulakan bicara.. orang patut balik cuti gumbira.. I tetiba jadi lost pula.. pelik betulkan.. 

Sepanjang percutian ke Hong Kong, sebenarnya byk perkara berlaku. Perkara yang membuatkan I rasa percutian ini tak begitu menyeronokkan. Dalam saya sibuk bercuti pada masa sama, saya sedih kerana kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang terpaksa pergi jauh yang saya sendiri pun tak pasti ke mana.

Apa yang menyedihkan lagi, dia pergi ketika saya di Hong Kong. Maka tak dapatlah kami ala2 membuat farewell party ke.. ala2 jamuan perpisahan gitu.. nak hantar ke airport n babai2 pun elek.. tak de..... sedih tau I masa ni (sob.. sob.. nangis)... 

Saya tak pasti samada dia dah sampai ke destinasi dituju atau pun tidak.. Tak de khabar berita sejak pemergian dia... menurut cite, tempat yang dia pergi kali ni adalah umpama tempat jin bertendang... jin berdondang sayang.. korang bayangkanlah kalau tempat jin bertendangkan.. samada korang selamat.. or korang ke 'ngap' dgn jin... 

Harap-harap, dia selamat tiba ke destinasi. Dilindungi Allah selalu dan dipermudahkan segala urusan. Amin


misi 2013 : Saya ingin ke Gaza



Friday, 14 December 2012

Al-Yateem Sponsorship Programme

Remember, I mentioned before a lot of NGO in Malaysia organising a sponsorship programme for orphans. 

Al-Yateem Sponsorship Programme by Islamic Relief Malaysia, is one of the NGO in Malaysia who's organizing it. 

"Simply for RM 145 - RM 200 a month, you will provide a child with the food, shelter, healthcare, education and emotional support they require. You will receive details about the child you are sponsoring as well as a photograph and an annual report on his or her progress. If you wish, you can have closer contact by exchanging letters to your sponsored child, securely through Islamic Relief."

We can read more about it here

Alhamdullilah, me & 9 friends came out with the idea to contribute RM240/each. 

As simple as that... n sebenarnya.. semua org boleh contribute sorang sikit kalau kita bersatu kan.. Bagi yg ada lebihan duit, boleh je nak bayar RM2400/setahun seorg... bagi yang ada kekangan n tapi masih mahu menyumbang, apa kata guna je method kami. 

Tapi, secara jujurnya saya lebih sukakan kongsep perkongsian ini. Kerana kita semua sama-sama memberi peluang utk semua org sama2 menyumbang. 

Gembira sangat.. 2012 hampir melabuhkan tirainya... banyak benda yang telah terlaksana and ditambah dengan benda2 baru yg buat kehidupan saya lebih exciting.

Terima kasih Allah kerana terus memberikan saya ruang dan peluang utk terus beramal & berbakti. 

Misi 2013 : Saya ingin ke Gaza





Wednesday, 12 December 2012

I'm Arij, 5 years old and I'm from Palestine..

Ingat tak  hari tu, saya bercerita tentang kisah suami kawan (Zeti) kepada kawan saya (Piah) (eeeh.. u all faham kan.. :-)) pergi ke Gaza. Dua hari lepas, kawan saya, Piah mendapat kiriman gambar dr Zeti.

Inilah Arij, 5 years old. Arij disponsor oleh family Zeti. Hari tu mereka ada perjumpaan bersama-sama anak-anak yg ditaja. Arij datang bersama datuknya. Menurut cerita, ayah n adik beradik yg lain dah kembali menemui Penciptanya.. cuma tinggal ibu n datuk sahaja lagi. 


Arij bersama keluarga yg menaja dia. 

Pencil case n sling bag yg dihadiahkan oleh keluarga Zeti kpd Arij. 


Kala melihat gambar ini, saya menangis.. begitu sayu pandangan mata Arij. Untuk anak yg semuda ini, apalah yg mereka tahu kan.. semoga mereka semua di bumi palestine terus tabah & kuat.

InsyaAllah, syurga menanti mereka para suhada ini.. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas mereka-mereka ini yang telah terkorban kerana mempertahankan bumi Palestine.. Al Fatihah...

For info, ada banyak NGO yang membuat program sponsorship anak yatim di Gaza. On average kos untuk setiap anak lebih kurang rm200 sebulan/rm2400 setahun . Kita boleh pilih bagaimana cara untuk bayar. quarterly/yearly. Sya akan cuba dapatkan maklumat dengan lebih detail n berkongsi dengan semua. 


MISI 2013 : Saya ingin ke Gaza









Tuesday, 11 December 2012

Ajari aku utk bisa mencintaiMu...

Kadang-kadang susah untuk menempuh kehidupan ini.. banyak hati-hati yang perlu kita jaga...

Saya selalu dikategorikan oleh org sebagai "sensitif n degil"... hahahahahah.. dua combinasi sikap yang amat tidak elok... sensitif saya hingga tahap.. saya amat mudah mengalirkan air mata.. melihat kegembiraan orang pun saya menangis.. apatah lagi bila melihat kesedihan orang.. saya lah orang paling kuat meraung... hahahaha...

Dan 'kedegilan' saya pula.. I would not accept NO as an answer without any explaination first. Saya akan terus bertanya.. kenapa.. kenapa... & kenapa hingga saya menemui jawapan kepada setiap persoalan itu.

Dalam kehidupan ini, apa yg paling menakutkan saya adalah kesalahan sesama manusia. Takut kalau-kalau kerana sifat 'sensitif & degil' saya, saya telah membuatkan banyak hati-hati yang terluka. 

Kadang-kadang, ada juga rasa atau perasaan yang tidak mampu saya luahkan kerana ingin menjaga hati ramai orang. Ibarat ku pendam sebuah kisah kan.. kisah yang tak mampu untuk diterjemahkan hanya kerana bimbang saya akan melukakan orang. Hanya kerana saya cuba membahagiakan orang lain.

Yang pasti, kita memang tidak mampu memuaskan hati semua org..

Setiap kali saya mendengar lagu anuar zain ini.... jiwa sya akan hiba & sayu.... bukan kerana cinta sesama manusia... tetapi inilah doa & harapan saya agar 

semoga ALLAH -terus menerus AJARI DIRI INI UTK MERAIH CINTANYA.... (sob.. sob.. sob..  nangis)

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang Engkau Cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukMu

Ku harap Engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna Kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya Engkau yang bisa
Hanya Engkau yang tahu
Hanya Engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya Engkau yang bisa mencintaiku


Hanya Engkau yang bisa
Hanya Engkau yang tahu
Hanya Engkau yang mengerti
Semua inginku


Hanya Engkau yang tahu
Hanya Engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaiMu





Monday, 10 December 2012

TOGETHER we can make a DIFFERENCE...


Life is not just about ‘ME’ only. It’s all about 'US'. How we can contribute to the society is depends on how we see things.

Insha’Allah. UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL. Together we can make the difference.


I just FALL IN LOVE with the video the minute I watched it. If we all do this, it makes life better and you will feel better too…. Let’s all love and care for each other more!  It only makes a few seconds difference and it can make a person’s day so much better.



"Love to your brother what you love to yourself”, Mohamed (PBUH)


Friday, 7 December 2012

Have a blessed Friday.....

Jumaat, penghulu hari... 

Kalau hari Jumaat di kebanyakkan negara2 timur tengah mereka bercuti. Infact ada setengahnya hari Khamis dah 1/2 day.. Hari jumaat juga, semua kaum adam akan pergi menunaikan solat jumaat.. utk bro2 semua.. jangan lupa ..


SOLAT JUMAAT
 
Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fardhu Ain kepada setiap lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya.
Firman Allah SWT ;
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada
hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat),
dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya"

ayat 9 : Surah al-Jumaat



Kali pertama dlm sejarah hidup, saya menunaikan Solat Jumaat di Masjidil Haram. Sangat ramai kaum Hawa waktu itu. Pengalaman pertama yg sangat indah. 

Setiap hari Jumaat, Mekah dah dipenuhi dgn ramai org terutama orang2 arab yg tinggal disekitarnya. Mereka mengambil peluang cuti hujung minggu utk bersama-sama jemaah lain beribadah di Mekah. Kalau waktu subuh, kalau terlambat sikit je... kenalah bersembahyang di dataran. 

Hari Jumaat juga disunatkan membaca Surah Kahfi. Sya sendiri pun tak hafal, tapi biasanya saya akan dengar di sini

Surah Al-Fahfi & Kelebihannya
By Shahmuzir

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Ju
maat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.



1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:



“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)



2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 

(HR Muslim 809)

Have a blessed Friday everyone ... :-)










Thursday, 6 December 2012

Misi ke Gaza....


Gambar ni saya ambil dr official fanpage Kak Wardina Safiyyah di Fb (p/s for info saya mmg mengenali Kak Wardina secara peribadi). She been to Palestine early 2012. 
Gambar berlatar belakangkan Masjid Al Aqsa.
WardinaSafiyyah

Few days ni, saya rasa ramai berkongsi status Farrah Adeeba di FB, bekas pengacara TV3 about perjalanan dia ke Gaza. Boleh baca di sini for more info

and ada juga few celebrities yg di sana sekarang.. antaranya 
Afdlin Shauki, 
Dato Chef Wan

Selain dari itu, kita juga boleh membaca info terkini mengenai Gaza dr fanpage


Harry Fear an independent journalist. 

Laporan Harry Fear adalah sangat jujur n telus. He's so simply amazing. Dia buat saya tertanya, kalau dia seorg lelaki berkulit putih boleh ke sana, apakah sumbangan kita pula sebagai org islam. I'm officially announced,  I'm a bigger fan of Harry Fear :-)

Selain dari mereka di atas, suami kawan kepada kawan saya juga sedang berada di sana skrg. Baru bertolak 1 hari yg lepas. Mereka pergi bersama Aman Palestin. Sempat juga sya dan kawan2 yg lain mengirimkan pencil cases. Menurut sumber, kanak-kanak disana lebih suka dpat stationery, buku tulis daripada gula2 ect. 

Because of a very short notice (dpt tahu 3 or 4 days before the trip) tak byk pencil cases yg kami dpt kumpulkan



saya suka sangat pencil cases ini. Dibuat menggunakan zip sepenuhnya. Sangat2 kreatif n colourful.. seperti kehidupan anak2 palestine di sana.


Ini pula beg & pencil case utk anak palestin tajaan kawan pd kawan saya. (eeeh.. korang faham tak ni.. ekkekke)

Boleh baca di sini kalau ada sesiapa inginkan maklumat lanjut
Aman Palestin

Tahun lepas juga, suami 1 of my senior seorg photographer ke sana. Tak kan saya lupa status dia di FB masa tu, tentang kerisauan beliau tentang suami tercinta setiap kali mendapat perkhabaran tentang letupan bom. Berhari juga mereka menunggu di Jordan kerana tidak dibenarkan masuk. 


Sebenarnya dgn hanya membayar RM7,500.00 kita semua juga boleh pergi ke sana. Murahkan... apalah nak dibandingkan dgn nilai yg kita akan dpt nanti. Bila memikirkan jumlah duit sebanyak itu saya pernah habiskan utk membeli satu handbag.. huwaaa... menangis n teriak dgn kuatnya saya... 

Saya ingin ke sana. Moga Allah memberikan kita semua kesihatan yang baik n peluang untuk ke sana. Dibuka pintu rezeki  yg luas utk kita semua. Moga2 kita semua berpeluang ke sana.. InsyaAllah.. Amin


Wednesday, 5 December 2012

On The Star..

Alhamdullilah... 

Our proud & joy.. We're in Star2, The Star 5th December 2012.........
get your copy people!!!


One of my group project I'm proud to be one of the members who can contribute. Helps us to see more smiling faces.. 






InshaaAllah, next destination will be other hospitals in each state of Malaysia. Thank you for visiting/liking our page and supporting our activities. Your contributions are very much welcomed and highly appreciated.



Monday, 3 December 2012

Khatam Al-Quran... amalan yang hampir dilupa

Khatam Al-Quran




Khatam Al-Quran atau dalam bahasa Melayunya, tamat baca Al-quran. Majlis khatam Al-Quran diadakan sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf pembaca itu menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya. Biasanya dalam majlis khatam Quran, akan ada seorang ustaz atau ustazah dipanggil untuk menyemak bacaan anak-anak yang bakal khatam Al-Quran. 

Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu. Setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan si pembaca tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran. 



 


Berpeluang menghadiri majlis Khatam Al-Quran, tetiba teringat zaman kanak-kanak saya. Tradisi dalam keluarga kami anak-anak tak kira lelaki atau perempuan, selewatnya umur 12 tahun mesti dah khatam Al-Quran kiranya sebelum menginjak ke sekolah menengah. Bagi lelaki pula selepas itu disusuli dgn majlis bersunat. 


Alhamdullilah, kali pertama saya khatam al-quran semasa berusia 11 tahun. Itu pun dah boleh dikategorikan lewat sbb ada sebahagian sepupu saya sewal usia 10thn dah khatam. Kebiasaannya, setiap kali majlis khatam Al-Quran akan diadakan di rumah nenek & kami akan khatam 2, 3 or 4org sekali.




Masih lagi saya ingat, selesai saja majlis kala bersalam dengan ibunda tercinta, beliau menitiskan air mata. Saya sendiri juga menangis tersedu-sedu. Kala dikucup dahi dan dihembus oleh ayahanda, air mata saya semakin deras dan laju. Seperti satu kelegaan yang amat besar. Satu amanah terlaksana. 


 

  


Dan macam biasa dengan adat Melayu, bunga telur atau saguhati akan dihadiahkan kepada tetamu selain jamuan makan. 


 

 InsyaAllah, kalau saya dah berkahwin & mempunyai anak, tradisi ini tetap akan saya teruskan. 

Saturday, 1 December 2012

Jodoh, rezeki & maut... pasti....

Assalammualaikum,


Lama saya tak menulis. Kesibukan kerja serta emosi yang agak tidak stabil membataskan banyak perkara. Kadang-kadang lebih baik diam dari terus berkata-kata... 

Pagi ni saya terbaca status  FB 1 of my aunt .. sesuatu yg sangat menarik saya rasakan..

"nite uols... today, i might b missing for a while.. ada wedding to attend in temerloh. uniknya the couple tg nak kawen ni... sebaya my hubby. dulu bercinta time sekolah... berpisah...n after more than 30 thn, they met again..both dgn status bujang, x pernah berkahwin...tu lah.... jodoh pertemuan...ajal maut n tanah kubur, semuanya ketentuan Tuhan semuanya.."


Jodoh.. sesuatu yg tak terungkai oleh akal.. kadang-kadang kita berkawan punyalah lama tapi tak sampai juga lagi jodoh tu.. saya sendiri pernah mengalaminya (cinta monyet) kot... hehehee.. dari saya ditingkatan 1 & si dia senior di sekolah... lama.. hingga saya habis SPM n masuk kolej n si dia dah pun bekerja.. tup tup.. bila dia bekerja kami jadi semakin renggang & akhirnya berpisah. Mungkin kot.. masa ni kan saya masih belajar n budak hinggusan.. rupa pun tak comel..    :-) mana nak banding dgn awek2 di office dia yang bermakeup 2" tebal, seksi n bergaya.. hahaha..  (tapi sekarang saya chomel tau.. peace no war)


Saya rasa dalam perhubungan, kedua-dua pihak memainkan peranan penting.. it takes two to tango.. good communications adalah asas dlm membina hubungan yg baik. Kerana dari situ kita dapat lebih mengenali siapa 'si dia', apa yang 'si dia' suka, bagaimana karektor 'si dia' dll.. 

Dari situ juga, mampu membina persefahaman yg baik antara kedua2 pihak. Cuba menerima setiap kekurangan & kelebihan masing-masing. Kerana kita dijodohkan untuk "complement each other"

Tapi andai kita seperti berbicara dengan sepi.. melayan setiap rasa sendirian... andai semuanya disimpan sendiri & tak mahu berkongsi dgn 'si dia'.. bagaimana utk membina good communication...
asas itu sendiri sudah goyah & tidak teguh, bagaimana untuk diteruskan ke fasa yg berikut. Ibarat membina bangunan tanpa foundation yg kukuh, roboh juga akhirnya.


Kita semua pasti berharap setiap perhubungan berakhir dengan perkahwinan dan berkekalan hingga ke jannah. Tapi saya pasti setiap apa yg Allah tentukan ada hikmahnya. Allah hanya berikan apa yg kita mahu bukan apa yg kita ingin miliki dan Dia hanya memberikan yang terbaik buat kita.

Selebihnya, kita berusaha & berdoa. Redha akan ketentuanNya. Andai 'si dia' bukan utk kita, itulah juga hikmahnya & yg terbaik buat kita.


It A Matter of Time.....

Allah SWT has already written the name of your spouses for you,What you need to work on is your relationship with Allah SWT.He will send Him to you when you are ready.