Sunday, 23 December 2012

Mendung.. tak bererti akan hujan...

Hampir seminggu tak menulis... sejak balik bercuti dr HK... rasa mcm makin lemau lak.. seperti tak tahu dari mana utk dimulakan bicara.. orang patut balik cuti gumbira.. I tetiba jadi lost pula.. pelik betulkan.. 

Sepanjang percutian ke Hong Kong, sebenarnya byk perkara berlaku. Perkara yang membuatkan I rasa percutian ini tak begitu menyeronokkan. Dalam saya sibuk bercuti pada masa sama, saya sedih kerana kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang terpaksa pergi jauh yang saya sendiri pun tak pasti ke mana.

Apa yang menyedihkan lagi, dia pergi ketika saya di Hong Kong. Maka tak dapatlah kami ala2 membuat farewell party ke.. ala2 jamuan perpisahan gitu.. nak hantar ke airport n babai2 pun elek.. tak de..... sedih tau I masa ni (sob.. sob.. nangis)... 

Saya tak pasti samada dia dah sampai ke destinasi dituju atau pun tidak.. Tak de khabar berita sejak pemergian dia... menurut cite, tempat yang dia pergi kali ni adalah umpama tempat jin bertendang... jin berdondang sayang.. korang bayangkanlah kalau tempat jin bertendangkan.. samada korang selamat.. or korang ke 'ngap' dgn jin... 

Harap-harap, dia selamat tiba ke destinasi. Dilindungi Allah selalu dan dipermudahkan segala urusan. Amin


misi 2013 : Saya ingin ke Gaza



No comments:

Post a Comment