Saya telah menjelajah ke banyak negara, Tapi semua itu tak terbanding dengan bumi Madinah al Munawarrah & Mekah AlMukaramah.
Berpeluang ke sana pada bulan May 2012, hingga kini rindu saya tak pernah pudar. Malahan ianya semakin mendalam dan sentiasa hangat. Ketika mula-mula diajak ke sana, saya menolak dan sedikit memberontak. Rasa diri ini seperti tidak bersedia lagi. Banyak persoalan bermain difikiran dan tambahan dengan pelbagai cerita-cerita menakutkan yang didengar. Hati tertanya-tanya, apakah Allah akan menerimaku yg penuh dengan kekotoran dan dosa. Yang selalu alpa akan nikmat dunia.
Tempoh kurang dari sebulan sebelum pergi, tak banyak persediaan dapat saya lakukan. Tambahan dengan kesibukan kerja. Alhamdullilah, sepanjang tempoh itu saya berpeluang menghadiri kursus umrah yang diadakan setiap hari Ahad sebanyak 3 kali. Sempat menempah beberapa pasang jubah & tudung dari tailor kesayangan saya. Hahahaah.. kain pun tailor yang pergi belikan sbb saya memang tak sempat untuk bershopping. Mujur ukuran badan saya tak byk berubah so agak memudahkan tailor menjahit. Urusan semua dibuat dengan online & panggilan telefon.
Cuma yang pasti, bila saya sudah tetapkan hati & bertekad untuk pergi, saya tidak menoleh kebelakang lagi. Hampir setiap malam saya sembahyang tahajud, sembahyang taubat, sembahyang hajat.. saya menangis .. saya merayu.. saya meraung.. saya memohon... akan pengampunan Allah..
"Ya Allah, Kau dengarlah rintihan hambaMu ini. Aku sangat kotor & aku kufur akan nikmat duniamu. Ya Allah, Kau terimalah taubatku. Kau permudahkan segala urusan ku di sana. Aku ingin mengabadikan diri padaMu & Kau terimalah penyucian jiwa ku ini"
Saya yakin, Allah Maha Mendengar.. Maha Mengasihani.. Maha Pengampun... mohanlah kepadanya. Merayulah.. Menangislah... lakukan semua itu dgn seikhlas hati.. dengan penuh rasa rendah diri.. Kalau tunggu bila sedia baru nak pergi, sampai bila pun sebenarnya kita tak pernah sedia. Kerana sebagai insanNya yg lemah & kerdil, kita sentiasa membuat kesilapan.
Ingatlah, tak semua org berpeluang menjadi tetamuNya. Ramai yang mampu dari segi kewangan, tapi hingga sekarang masih tak pergi lagi. Kenapa?... kerana belum tiba masanya untuk mereka menjadi tetamu Allah. Bila kita telah dibukakan hati, itu tandanya sudah sampai saatnya buat kita. Kita insan yang terpilih dalam berjuta-juta umat Muhammad. Bersyukurlah dengan nikmat itu.
InsyaAllah, saya akan ceritakan dengan lebih detail lagi perjalanan saya ke sana dlm entry yg lain.
No comments:
Post a Comment