Monday, 19 November 2012

I'm blessed......


my earlies posting on   KuSarungkan Kasih UntukMu

Sunday, 18 November 2012/4 Muharram 1434


Alhamdullilah, the meeting at HKL went well. I'm so blessed not only be surrounded by nice friends but they're also kind-hearted. Mereka sanggup berkorban hari minggu masing-masing yg sepatutnya diperuntukkan untuk bersama yang tersayang. Semoga Allah berkati segala usaha & niat murni kami.


First of all, let me give u a  brief introduction about our club 
Kami adalah individu2 yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam bidang jahitan & kraf, memulakan persahabatan secara maya dan terus menjalin ukhwah sesama rakan, bertemu dan berbincang tentang bermacam2 perkara. Salah satu initiatif kami adalah untuk menggunakan kepakarann dan kebolehan yang dianugerahkan Allah ini dengan menyumbang semula kepada masyarakat, iaitu dengan cara membantu mereka yang memerlukan melalui projek2 amal yg kami lakukan.


Wad KK3 dimana diwad ini semua pesakit kanser kanak-kanak lelaki dan perempuan ditempatkan. 


Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa sarung bantal yang menjadi pilihan kami. Secara amnya, spt kita semua sedia maklum, sarung bantal di hospital kebiasaannya berwarna putih n kosong. Kami berharap, dengan pemberiaan sarung bantal yang berwarna warna dan bercorak ceria, setidak2nya akan dapat mengembirakan hati kanak-kanak ini yang mana ada sebahagian dari mereka telah menghabiskan sebahagian dari umur mereka duduk di sini dan menjalani rawatan untuk penyakit kanser.

Meeting ni diadakan untuk memastikan semua agenda akan berjalan dengan teratur. Untuk memastikan juga agar semua org tahu akan tugas masing2 dan tahu apa yg perlu dilakukan pd 24 November 2012 di mana akan berlangsungnya hari penyerahan Sarung-sarung bantal utk Institut Pediatrik Wad KK3 khasnya.

Sebahagian dr sarung bantal yg kami terima hasil sumbangan individu yang sangat prihatin. Sarung bantal ini ada yang datang sejauh dr Jepun. Sumbangan yg diterima dr pelbagai bentuk. Ada yg menyumbangkan kain (100% cotton) yg kemudian kami agih2kan kepada mereka yg menjahit, wang ringgit dan barang2 utk goodies bag. (I'll upload more pics of the goodies bag, on the event day)


cantikkan semua sarung2 bantal ni. I'm falling in love with all of it already. wish that they r mine.. :-)

Walau mcm mana pun, ada sebahagian dr sarung bantal ini terpaksa kami ketepikan kerana tak menepati kriteria pihak hospital. Memandangkan sasaran kami adalah kanak-kanak yg mengidap penyakit kanser, kain yang mempunyai 100% cotton diperlukan. But not to worry, sarung-sarung bantal ini akan kami jual as sebahagian dr Jualan Amal dan semua kutipan akan dimasukkan ke tabung kami untuk projek seterusnya.


sorting up the beautiful pillow cases

 In my next posting, i will upload more picture where the event will be taking place. Stay tune.... 


No comments:

Post a Comment