Sunday, 18 November 2012

Stonehegne


Dalam banyak negara yg pernah saya jelajahi, UK is always be my favourite place. Banyak kali dah pergi pun, UK tak pernah menjemukan saya. UK jugalah satu-satunya negara yang saya berpeluang drive kereta. For info, sistem highway yg diguna pakai di Malaysia adalah mengikut UK system.


Sangat mudah sebenarnya utk memandu di UK. Hanya memerlukan license kita sahaja n highwaynya juga sangat mudah difahami. Dan dengan kadar sewa yg agak reasonable, adalah amat berbaloi utk menyewa kereta.  Dengan pemandangan yang cantik serta cuaca yg nyaman, tak terasa pun kepenatan memandu. 





Stonehegne, adalah antara tempat yg selalu menjadi kunjungan para pelancong jika ke UK.. selain dr bershopping di Oxford Street heehehe.. 

Sebenarnya Stonehegne telah melalui beberapa fasa pemulihan untuk menegakkan kembali batu yang senget atau terbalik, dan untuk mengembalikan batu-batu tersebut ke tempat asal telah dilakukan dengan teliti. 

Secara tidak langsung,  ini bererti rupa bentuk Stonehege yang kita lihat sekarang adalah tidak lagi kekal sebagaimana asal. Sebenarnya, bukan sahaja Stonehegne, banyak juga tugu peringatan sejarah yang lain di dunia yang juga mengalami kerja-kerja pemulihan bagi memastikan ianya kekal seperti bentuk asal. Dan kita semua masih boleh menikmatinya.







Bila melihat monumen ini, tidak terjangkal dik akal fikiran saya bagaimana orang2 dulu melakukannya. I guess, they must be very big and tall. 

Cuma apa yang pasti and apa yg saya dapat dari perjalanan ini. Tak ada apa pun yang mustahil utk kita semua lakukan. Dengan tekad & azam yang kuat serta jangan lupa berdoa dan berserah segala padaNya, semua pasti akan menjadi kenyataan. 

Dan saya pasti akan ke sini lagi..... 








Friday, 16 November 2012

Bon Apetit...

Hari ni, me and few frens decided to have dinner outside.. lama sebenarnya tak keluar dengan kawan2. Masing2 sibuk dengan tugas harian dan tambahan saya sendiri pun tak suka keluar bila hari bekerja. 

Destinasi pilihan kami kali ini adalah sebuah restauran di Subang yang terkenal dgn makanan dari Kelantan. Restaurant yg selalu menjadi pilihan sya juga jika ingin bertukar dari asam pedas ke kelantanese malay cuisine. 

Pada saya Kelantan Delights   bukan saya menghidangkan makanan kelantan yang sangat sedap, suasana restaurant juga sangat cozy with nice ambient.






Antara menu yg pasti menjadi pilihan as an appetizer adalah...


daun kaduk

antara garnishing utk makan daun kaduk ni adalah.. brown paste (tak sure apa dia. ada rasa mcm campuran kerisik & gula kabung), kelapa goreng, udang kering, kacang, cili padi, bawang, kulit limau purut & halia yg dicincang halus n paling utama mestilah ada daun kaduk.

cara nak makan dia senang sahaja. Memula letak the brown paste as a first layer... lepas tu bubuhlah apa saja garnish yg kita suka.. gulung2, masuk mulut n kunyah. 
Mula2 dulu saya sendiri agak sceptical about daun kaduk ni... rupanya yg seperti daun sireh menyebabkan saya tertanya2 mcm manakah rasanya.. pahit ke... masam ke.. rupanya ianya mmg sangat sedap.. 

keropok lekor bersama pencecah (red sauce) with dry squid n anchovies (ikan bilis)
With a simple plating, keropok lekor yang dijual 20sen satu masa zaman saya sekolah dulu telah kelihatan cukup menarik & menyelerakan. 

Antara makan yg menjadi pilihan kami hari ni..



Nasi Kerabu Daging Bakar bersama kuah lada & budu



Nasi tumpang yg dibungkus cantik dgn daun pisang

First time saya merasa Nasi Tumpang ni. Saya amat2 menyukainya kerana nasi dia yg lembut n lembik spt nasi impit yang digabungkan bermacam2 lauk in between. Di makan bersama ayam dah kuah seakan2 kuah lemak. 

Sayur taugeh goreng

Sayur taugeh goreng ni sebenarnya side dish yg datang bersama sup tulang & nasi putih. Maaf gambar nasi putih & sup tulang tak sempat diambil sbb dah kena melantak oleh kawan2 sya yg pelahap.. ahahahaah 

Laksam (pinggan yg dah half empty tu) sbb dah makan baru teringat nak ambil gambar

serta tak lupa juga minuman untuk membasahkan tekak..

Iced lemon tea & sky juice

Sirap Iced

untuk saya sendiri, after having a heavy food, warm water would be just great for me. (sorry tak de gambar.. just bayangkan jelah air suam ya.) hehehe

and last but not least...  

the desserts..
they have varieties of malay desserts and all are mouth watering... 

Lompat tikam

Sagu Mata Ikan

Pulut durian

Secara peribadi, saya sangat suka andai kita mempunyai makanan2 melayu yang boleh dimartabatkan ke peringkat antara bangsa. Pada saya makanan bukan saja harus sedap, tapi plating yang menarik juga penting. 

Berpeluang berjalan ke luar negara, makanan kita pada amnya sangat sedap & exotic. Mempunyai penduduk yang datang dari pelbagai budaya & etnik, makanan kita agak unik dengan citarasa pelbagai.

Moga satu hari nanti kita semua mampu melihat lebih banyak restaurant2 melayu di luar negara yang mainly served malay food. InsyaAllah. 








Thursday, 15 November 2012

Selamat Tinggal 1433 Hijrah

Saya meninggalkan tahun 1433 Hijrah dengan penuh rasa kesyukuran. Bersyukur atas segala nikmat yg diberikan dan pergi  dengan rasa kemenangan. Kemenangan yang hanya saya tahu definasinya. 


Sebenarnya agak lewat juga bagi saya berhijab. Alasan yg selalu diberikan dulu "tak sampai seru lagi", tambahan tak de org yang memaksa or menyuruh. Pada saya saat itu, biarlah keputusan itu datang dari keikhlasan hati saya yg memang benar2 ingin berubah.

Tak tahu mengapa, keinginan nak bertudung itu dtg dgn tiba2. Masa tu, saya tak pernah pun bercerita dgn siapa2, sbbnya takut karang hangat2 taik ayam je. Tapi  akhirnya Tanggal 5 Februari 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah merupakan tarikh berlakunya ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar kita dilahirkan ke dunia.
Saya berubah, berhijrah ke arah kebaikan. Perubahan yang mengembirakan hati semua org. 

Ingat lagi saya waktu tu, saya hanya ada sehelai shawl & inner berwarna hitam. Itu pun pemberian seorg sepupu. Masa tu, mmg tak tahu langsung bagaimana cara or gaya untuk bertudung. What I have in mind masa tu, saya nak bertudung tapi masih lagi nak bergaya yg sesuai dgn ketrampilan dan umur saya. hahaahahah.. 

Memula saya meminta tolong seorg sepupu utk memakaikan tudung. Dia tak mensyaki apa2, sbb kebetulan kami mmg nak pergi kenduri aqiqah anak sedara. So she thot I'm wearing hijab just for the sake to attending the function... haahah.. rupanya alhamdullilah.. saya terus kekal begitu hingga saat ini. Dan sya selalu berdoa, agar perubahan ini kekal.

Shawl & inner hitam tulah saya dok pakai selama berminggu2. Itu je koleksi tudung yg saya ada masa tu. Bukan tak mampu beli. Tapi disebabkan saya agak cerewet dr segi warna, material dll tambahan nak disesuaikan/digayakan dgn baju2 yg saya ada, jadinya hitam warna yg paling selamat.. ahahaha

tapi slowly, akhirnya koleksi tudung saya pun makin bertambah.. semakin byk shawl n inner yg saya ada.. dr pelbagai colour, material dll. Dari yg saya beli sendiri juga dr pemberian/hadiah. Cuma citarasa saya, ianya mestilah berwarna kosong or polos.. 2 tone tak mengapa.. n tidak bercorak. 

Hadiah dari penghijrahan ini, saya dibawa pergi umrah.  Indahkan hidup ini. 

Allaah Subhanahu Wa Taa'la commands,

“O Prophet! Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils) all over their bodies (i.e. screen themselves completely except the eyes or one eye to see the way). That will be better, that they should be known (as free respectable women) so as not to be annoyed. And Allaah is Ever Oft‑Forgiving, Most Merciful”

[Al-Ahzaab 33:59]


Perjalanan yang pasti...

Salam 1 Muharram,

Saya telah menjelajah ke banyak negara, Tapi semua itu tak terbanding dengan bumi Madinah al Munawarrah & Mekah AlMukaramah.




Berpeluang ke sana pada bulan May 2012, hingga kini rindu saya tak pernah pudar. Malahan ianya semakin mendalam dan sentiasa hangat. Ketika mula-mula diajak ke sana, saya menolak dan sedikit memberontak. Rasa diri ini seperti tidak bersedia lagi. Banyak persoalan bermain difikiran dan tambahan dengan pelbagai cerita-cerita menakutkan yang didengar. Hati tertanya-tanya, apakah Allah akan menerimaku yg penuh dengan kekotoran dan dosa. Yang selalu alpa akan nikmat dunia.


Tempoh kurang dari sebulan sebelum pergi, tak banyak persediaan dapat saya lakukan. Tambahan dengan kesibukan kerja. Alhamdullilah, sepanjang tempoh itu saya berpeluang menghadiri kursus umrah yang diadakan setiap hari Ahad sebanyak 3 kali. Sempat menempah beberapa pasang jubah & tudung dari tailor kesayangan saya. Hahahaah.. kain pun tailor yang pergi belikan sbb saya memang tak sempat untuk bershopping. Mujur ukuran badan saya tak byk berubah so agak memudahkan tailor menjahit. Urusan semua dibuat dengan online & panggilan telefon.

Cuma yang pasti, bila saya sudah tetapkan hati & bertekad untuk pergi, saya tidak menoleh kebelakang lagi. Hampir setiap malam saya sembahyang tahajud, sembahyang taubat, sembahyang hajat.. saya menangis .. saya merayu.. saya meraung.. saya memohon...  akan pengampunan Allah..

"Ya Allah, Kau dengarlah rintihan hambaMu ini. Aku sangat kotor & aku kufur akan nikmat duniamu. Ya Allah, Kau terimalah taubatku. Kau permudahkan segala urusan ku di sana. Aku ingin mengabadikan diri padaMu & Kau terimalah penyucian jiwa ku ini"


Saya yakin, Allah Maha Mendengar.. Maha Mengasihani.. Maha Pengampun... mohanlah kepadanya. Merayulah.. Menangislah... lakukan semua itu dgn seikhlas hati.. dengan penuh rasa rendah diri.. Kalau tunggu bila sedia baru nak pergi, sampai bila pun sebenarnya kita tak pernah sedia. Kerana sebagai insanNya yg lemah & kerdil, kita sentiasa membuat kesilapan.

Ingatlah, tak semua org berpeluang menjadi tetamuNya. Ramai yang mampu dari segi kewangan, tapi hingga sekarang masih tak pergi lagi. Kenapa?... kerana belum tiba masanya untuk mereka menjadi tetamu Allah. Bila kita telah dibukakan hati, itu tandanya sudah sampai saatnya buat kita. Kita insan yang terpilih dalam berjuta-juta umat Muhammad. Bersyukurlah dengan nikmat itu.

InsyaAllah, saya akan ceritakan dengan lebih detail lagi perjalanan saya ke sana dlm entry yg lain.





Banyak Sedekah menjadikan hidup lebih Berkat


A new year? lets start with doing good. 

KUSARUNGKAN Kasih UNTUKMU - Projek amal bertujuan menghadiahkan sarung bantal dan chemo-cap berwarna-warni bagi menceriakan pesakit-pesakit kanak-kanak terutamanya yang menghidap kanser.





you took my heart away.. 

On its way.....gonna be bz sewing this on more than 200 pillowcases....

Can't wait for the day...........

 
Pouch ni digunakan untuk letak tube chemotherapy....dipakai dileher oleh pesakit2 kanser.....

Alhamdullilah, hampir 5 bulan kami merancang, akhirnya projek amal kami insyaAllah, akan dilancarkan secara rasmikan pd 24 November 2012. Projek yang mendapat sokongan sepenuhnya dari Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya ini adalah projek amal kami yang ke-3. Tetapi kali ini, dilaksanakan dengan scala yang lebih besar lagi. Dan insyaAllah dengan sokongan & sumbangan semua pihak, impian kami untuk menjelajah ke seluruh Malaysia. Memperluaskan lagi sumbangan ini ke hospital-hospital di seluruh Malaysia yang mempunyai wad Pediatrik.


Selain daripada penyerahan sarung bantal & chemo caps, jualan amal juga akan diadakan. Semua sumbangan daripada jualan amal ini, akan disalurkan ke dana tabung Ku Sarungkan Kasih UntukMu

Segala sumbangan tuan puan adalah bersifat voluntari. Harapan kami agar kanak-kanak ini tersenyum riang di sebalik kesakitan yang mereka alami.. insyaAllah. Jasa baik tuan puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih..Semoga mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah. Ameeen :)



Wednesday, 14 November 2012

Salam 1 Muharram...


Alhamdullilah, atas segala nikmat yang diberikan. Hari baru.. lembaran baru.. ku buka dengan satu tekad untuk terus mengabadikan diri ini padaMu Ya Allah. 

Tak kira apa pun azam tahun baru kita semua, moga tahun baru ini membawa byk keceriaan, kebahagian & kejayaan buat kita. Juga moga hidup kita lebih diberkati & dirahmatNya. Ya Allah, Kau kuatkan iman & pegangan kami kerana iman akan lahir apabila akhirat ada dalam hati. 

Kesilapan adalah ukuran kepada usaha kita. Lebih baik silap daripada tak buat apa-apa dan yg paling penting adalah apa kita pelajari dari kesilapan itu. Semoga tahun baru ini membuatkan kita lebih baik lagi sehingga hidup terasa bahagia dan bermanfaat untuk ramai orang.

Saya tak tahu berpuisi. Alangkah indahnya hidup ini andai kita mampu menzahirkan semua dengan hanya berbicara di pena. 

Perlahan dan pasti, hari hari berlalu
Hari ini aku menuju satu puncak tangga yang baru
Untuk membuka perjalan dilembaran baru
Dengan sisa  umurku yang berkurang

Daun gugur satu persatu
Semua terjadi atas izin Allah
Umurku bertambah satu demi satu
Semua terjadi kerana izin Allah

Saat kucuba menoleh ke belakang
Ternyata banyak tersisa berhutang
Hutang diriku pada Mu atas nikmatku
Kerana ibadahku masih berkurangan

Kuraba dahiku
Astagfirullah, sujudku masih jauh dari khusyuk
Kutimbang keinginanku
Hmmm, masih lebih besar duniawiku

Ya Allah.
Apakah aku masih bertemu tanggal dan bulan yang sama di tahun depan?
Apakah aku masih merasakan rasa ini pada tanggal dan bulan yang sama di tahun depan?
Masihkan aku diberi kesempatan?

Ya Allah.
Tangis airmataku adalah tanda kelemahanku
Rasa sedih yang mendalam adalah penyesalanku
Astagfirullah...

Jika diizinkan hamba menapak dengan tahun depan
Jadikan hambaMU ini, untuk memulai hari lebih khusyuk.

Ya Allah, apabila engkau memanggilku, ambillah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah dan sempatlah aku mengucapkan kalimah "La illaha illallah....

Salam 1 Muharram .