Friday 7 December 2012

Have a blessed Friday.....

Jumaat, penghulu hari... 

Kalau hari Jumaat di kebanyakkan negara2 timur tengah mereka bercuti. Infact ada setengahnya hari Khamis dah 1/2 day.. Hari jumaat juga, semua kaum adam akan pergi menunaikan solat jumaat.. utk bro2 semua.. jangan lupa ..


SOLAT JUMAAT
 
Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fardhu Ain kepada setiap lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya.
Firman Allah SWT ;
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada
hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat),
dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya"

ayat 9 : Surah al-Jumaat



Kali pertama dlm sejarah hidup, saya menunaikan Solat Jumaat di Masjidil Haram. Sangat ramai kaum Hawa waktu itu. Pengalaman pertama yg sangat indah. 

Setiap hari Jumaat, Mekah dah dipenuhi dgn ramai org terutama orang2 arab yg tinggal disekitarnya. Mereka mengambil peluang cuti hujung minggu utk bersama-sama jemaah lain beribadah di Mekah. Kalau waktu subuh, kalau terlambat sikit je... kenalah bersembahyang di dataran. 

Hari Jumaat juga disunatkan membaca Surah Kahfi. Sya sendiri pun tak hafal, tapi biasanya saya akan dengar di sini

Surah Al-Fahfi & Kelebihannya
By Shahmuzir

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Ju
maat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.



1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:



“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)



2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 

(HR Muslim 809)

Have a blessed Friday everyone ... :-)










No comments:

Post a Comment