Monday 3 December 2012

Khatam Al-Quran... amalan yang hampir dilupa

Khatam Al-Quran




Khatam Al-Quran atau dalam bahasa Melayunya, tamat baca Al-quran. Majlis khatam Al-Quran diadakan sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf pembaca itu menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya. Biasanya dalam majlis khatam Quran, akan ada seorang ustaz atau ustazah dipanggil untuk menyemak bacaan anak-anak yang bakal khatam Al-Quran. 

Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu. Setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan si pembaca tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran. 



 


Berpeluang menghadiri majlis Khatam Al-Quran, tetiba teringat zaman kanak-kanak saya. Tradisi dalam keluarga kami anak-anak tak kira lelaki atau perempuan, selewatnya umur 12 tahun mesti dah khatam Al-Quran kiranya sebelum menginjak ke sekolah menengah. Bagi lelaki pula selepas itu disusuli dgn majlis bersunat. 


Alhamdullilah, kali pertama saya khatam al-quran semasa berusia 11 tahun. Itu pun dah boleh dikategorikan lewat sbb ada sebahagian sepupu saya sewal usia 10thn dah khatam. Kebiasaannya, setiap kali majlis khatam Al-Quran akan diadakan di rumah nenek & kami akan khatam 2, 3 or 4org sekali.




Masih lagi saya ingat, selesai saja majlis kala bersalam dengan ibunda tercinta, beliau menitiskan air mata. Saya sendiri juga menangis tersedu-sedu. Kala dikucup dahi dan dihembus oleh ayahanda, air mata saya semakin deras dan laju. Seperti satu kelegaan yang amat besar. Satu amanah terlaksana. 


 

  


Dan macam biasa dengan adat Melayu, bunga telur atau saguhati akan dihadiahkan kepada tetamu selain jamuan makan. 


 

 InsyaAllah, kalau saya dah berkahwin & mempunyai anak, tradisi ini tetap akan saya teruskan. 

No comments:

Post a Comment