Wednesday 12 December 2012

I'm Arij, 5 years old and I'm from Palestine..

Ingat tak  hari tu, saya bercerita tentang kisah suami kawan (Zeti) kepada kawan saya (Piah) (eeeh.. u all faham kan.. :-)) pergi ke Gaza. Dua hari lepas, kawan saya, Piah mendapat kiriman gambar dr Zeti.

Inilah Arij, 5 years old. Arij disponsor oleh family Zeti. Hari tu mereka ada perjumpaan bersama-sama anak-anak yg ditaja. Arij datang bersama datuknya. Menurut cerita, ayah n adik beradik yg lain dah kembali menemui Penciptanya.. cuma tinggal ibu n datuk sahaja lagi. 


Arij bersama keluarga yg menaja dia. 

Pencil case n sling bag yg dihadiahkan oleh keluarga Zeti kpd Arij. 


Kala melihat gambar ini, saya menangis.. begitu sayu pandangan mata Arij. Untuk anak yg semuda ini, apalah yg mereka tahu kan.. semoga mereka semua di bumi palestine terus tabah & kuat.

InsyaAllah, syurga menanti mereka para suhada ini.. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas mereka-mereka ini yang telah terkorban kerana mempertahankan bumi Palestine.. Al Fatihah...

For info, ada banyak NGO yang membuat program sponsorship anak yatim di Gaza. On average kos untuk setiap anak lebih kurang rm200 sebulan/rm2400 setahun . Kita boleh pilih bagaimana cara untuk bayar. quarterly/yearly. Sya akan cuba dapatkan maklumat dengan lebih detail n berkongsi dengan semua. 


MISI 2013 : Saya ingin ke Gaza









No comments:

Post a Comment