Monday 19 November 2012

The PREPARATION for the BIG DAY....


Some info on Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Institut Pediatrik mempunyai 9 Wad KK (kanak-kank). Wad KK8 & KK9 adalah wad utk baby.  N Wad KK3 adalah wad utk kanak-kanak yg mengidap penyakit kanser. Ada lebih kurang about 100++ kanak-kanak yang menjalani rawatan kanser di sini. Wad KK5 adalah untuk mereka yg mengidap sakit2 yg agak kritial juga. Wad2 lain adalah utk normal pesakit.

makmal paediatrik.



Utk pengetahun semua, sepanjang hidup sya tak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke HKL.. apatah lagi Institut Peadiatrik. Melangkah je masuk ke sini, hati saya sangat sayu n tanpa sedar menitik air mata ini. Sayu mengenangkan adik-adik ini yang terpaksa bertarung nyawa. Ada yang sedang menjalani KEMOTERAPI. Sya tak boleh membayangkan tangan2 kecil yg halus mulus terpaksa dicucuk dengan pelbagai tiub dan terpaksa memakan berjenis2 ubat. 

In Shaa Allah, di sini akan kami adakan majlis perlancaran & majlis penyerahan sarung2 bantal, chemo cap & goodies bags. Majlis akan dirasmikan oleh Pengarah HKL sendiri, Y. Bhg. Dato Dr. Hjh Zaininah Mohd Zain. 

Not to worry, pentas ini akan ditransform oleh kami semua sehari sebelum kejadian. We will be hanging up Bunting & few pillow cases for the back drop. Ballons n other things will also be there to make it lively n beautiful. 






Ni pula adalah gambaran ruang di mana acara ini akan berlangsung. Kami menjangkakan lebih dr 100 kanak-kanak (pesakit2 yg mengidap penyakit biasa) yg akan turut menyertai kami di sini. Bagi kanak-kanak yang mengidap kanser n menyakit agak kritikal, penyerahan akan dilakukan dr wad ke wad. 

Antara acara yg telah kami rancangkan utk mereka adalah
1. Clown & Ballons
2. Persembahan Ukelele dr Ukelele Malaysia
3. Pemberian good bags utk mereka. 

Didalamnya akan mengandungi barangaan spt jam, colouring pencil, books, cup cakes. Semua ini adalah sumbangan dr para dermawan.


every childs deserves to enjoy the richness & beauty that a long healthy life has to  offer
don't you agreed.... ?

Sya rasa tak semua org tahu.. or sememangnya saya je yang tak tahu...  rupanya, di hospital pun disediakan sekolah utk anak2 ini. Disebabkan penyakit yg mereka hadapi & kesihatan yang tidak mengizinkan, ada yg tak berpeluang utk ke sekolah biasa spt kanak-kanak lain. 

Di sinilah mereka bersekolah. Hospital ini bukan saja merupakan rumah mereka.. di tempat ini juga merupakan tempat mereka menimba ilmu. 




Dan utk kesekian kalinya saya menangis lagi. 

Betapa beruntungnya kita kan. Di berikan kesihatan yang baik dan diberikan nikmat hidup yang banyak. Tapi kadang-kadang, saya sendiri tak mensyukuri nikmat itu. 

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki.
"Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."
Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.
Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita.
Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit.
Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:... sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur... " Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.
Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu
berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.

Ya Allah, Kau masukkanlah aku serta mereka yang membaca doa ini ke dalam kumpulan orang yang sedikit itu. Kumpulan mereka yang sentiasa mensyukuri nikmatMu. Amin





No comments:

Post a Comment